Anak Catasetum

Experiment berdasarkan nota Encik Saiful tentang macam mana nak biakkan anak catasetum, nampaknye menunjukkan perubahan:

Dahulu:


harini:

dan pokok asalnye pun ada anak jugak :) :

Vuylstekeara Hybrid

Vuylstekeara Hybrid

dah tanya di HG, kata nye ni Vuylstekeara Hybrid. Beli anak di Laman 2008..cadangnye tak mau beli ape2 pun..ada pulak yang tolong meracun..(read : Romzi)..mamat ni memang..kalau terjumpa yang pelik2 , mesti racun2 orang suruh beli..bila bawak balik and kiok..makcik gak yang kene..heheheh...(banyak gila yang jadi korban dulu2..dah dikomplen..bila tengok gambar lama2..mula la dia tanya2..yang ni mana..yang tu mana..rupanya dah innalillah..)..hehhe..

Anyway..
2 anak dibeli, maknya seperti di bawah:


anak2 nye..



curly dendro hybrid yang beli di LC..beli dah siap spike, sekarang tengah berbunga..

Laman 2008

Plan last week yang postpone..semalam ditunaikan...Entry RM 3/ person..parking agak susah, so parkingla seberang jalan Tasik Perdana..dekat2 ngan ISIS dan Tugu Negara..

gambar-gambar di Laman 2008 yang sempat di snap :












rasanya kat LAMAN 2008 ni, peniaga amik kesempatan untuk tekan harga,dorritis pulcherrima var alba yang leh dapat dalam 15-25RM dijual RM35..cutting catt rm10 (bole dapat rm5 daa), 5-6 batang pokok kinta weed dijual RM25-30...hoh!!tak kuasa nak layan...ada gak okid yang tak boleh berbunga di low land, dijual anak2nye...sian kalau org2 yang terbeli...thank Q to forumners HG yang banyak bagi info..pasal okid itu dan ini..okid di situ sana sini...

Tips tips tips

Ini tips ye..berdasarkan pengalaman Para on phals care. Tulis jangan tak tulis..ini ilmu..(thank u paradox11) ::

I Quote Para
"1. lepas beli pokok, jgn pindahkan dulu, letak di rumah utk suaikan atau acclimatise dgn keadaan di rumah kita. takes a few days.

2. apabila akar2 sudah mula penuh dlm pasu lama, boleh repot ke pasu yg one size bigger.

3. cara pindah:
i. pastikan moss dlm pasu sentiasa lembap. basahkan media lama dan akar akar anak pokok dahulu.
ii. keluarkan dari pasu dan buangkan semua media lama unless masih fresh. biasanya kalau media lama sudah mula mereput atau bertukar perang-kehitaman, time to change media with fresh sphagnum moss.
iii. letak sedikit moss yg bahru (make sure is sterile dgn rendam dlm klorok dan basuh dahulu) dlm pasu yg lebih besar, masukkan anak phal dan penuhkan ruang antara akar2 dlm pasu. dudukkan base pokok lebih kurang 1 cm bawah rim pasu sebab phals ni akan tumbuh dan push crown ke atas. pastikan moss tidak disumbat rapat rapat, mesti ada kelonggaran supaya akar dpt bernafas.

pengalaman saya, sphagnum moss yg lembap paling sesuai utk anak phals untuk mengurangkan stress pada anak pokok. biasanya anak pokok semuanya akan kekal sihat tanpa stress yg teruk jika dibuat begini. tukar ke pasu yg satu saiz lebih besar apabila akar2 sudah mula penuh dan keluar dari pasu.

utk phals yg sudah besar-besar dan berbunga dengan akar2 yang banyak keluar dari pasunya (pasu besar), saya biarkan sahaja dan tidak lagi tukarkan ke pasu lain sebab lagi banyak air roots, phals tu pun nampak lagi cantik."

sekian terima kasih.
Berdasarkan nota ini, kesalahan saya seterusnye adalah..tukar phal ke pasu baru tapi tak buang moss lama...silap tu beb...padanla dia punye pokok membesar bagai johan, hang punye dok lagu tu jugak..ahahahha..takpe..learn from mistakes...

July 08 Bloom

enjoysss

size bunga : 5.5cm in length..ID masih tak dapat2 lagi





yang ni takde bloom , cuma oleh sbb ada ubi yang busuk tempohari, tukarkan media (batu + arang), letakkan je pokok tu atas arang supaya akar dia akan menbenam semulajadi dalam arang,,dan di 'angin' kan..gantung la tuhhh..for this orchid, habuk papan is a big NO-NO..nanti akar reput, jangkit kat pokok...

Senget2 kan Phal itu

ini hasil harini..dari digantung menegak , sekarang dah jadi slanted 45 degrees. Cikgu kata phal loves to live in this position (habitat semulajadinye)..dan juga, bila siram, boleh mengurangkan kadar air bertakung..
I also checked whether the place has sufficient air, bila gantung macam tu, and bila angin tiup, i observed, pokok2 ni sort of swinging back and forth..so ventilation bagus tak?? tengok ape hasilnye nanti


anak2 phal ada yang daunnye 8 cm and ada yang 6 cm..yang besar2 tu ranging from 15cm - 17cm..haritu silap, tak tukar pasu..kita tengok nanti progress anak2 phal tu,,alang2 gantung, anak2 pun gantung sekali...

Grammatophyllum scriptum 'Tiger Paw'

Pokok di idkan oleh encik Khairi
Grammatophyllum scriptum 'Tiger Paw'..



harini, ade masalah pada pokok ni. ubinye mereput & busuk plak tu..ubi yang lama..yang baru masih ok.

Baru minggu lepas tukarkan anak pokok ni ke pasu besar sket. Letakkan habuk papan dalamnye. Memang direct full sun dari start beli sampai harini. tiba2 jadi ginila plak..
Posted query kat HG, dapat beberapa input:
1) Para wrote: saya pun ada beli anak gramma, mula2 tak tau saya letak dlm full sun 24/7. then saya perhatikan ubi dia panas mcm telur rebus. kemudian mmg busuk dan rot tukar jadi warna hitam. skrg dah alihkan ke tempat teduh tapi terang. ubi lama yg besar2 rosak, tapi skrg tgh kuarkan tunas baru.
2) Khairi wrote: Kalau nak dedahkan kat full sun kena buat HARDENING PROCESS dulu..tak boleh beli kat nurseri dan balik terus letak kat full sun..terkejut dia..
Pokok kat nurseri kebanyakkannye depa letak bwah shade...pokok dah jadi manja...
3) Khairi wrote : antara punca nye ubi tu rot mungkin gak media yang terlalu lembap tu...menyebabkan akar dia juga rot sehingga berjangkit ke ubinya...saya suka tanam gramma guna batu bata dan arang jer...sebab gramma ada ubi yang besar untuk menyimpan air buat kegunaannya kan? tapi kalau ada fern slab lagi saya suka guna..cacak dalam pasu besar...lepas tu ikat si gramma tu...nampak showy jek dia bertenggek kat fern slab tu..

So fikir2, these are the things to achieve tomorrow:
1) tukar media ke arang
2) biar dia dok bawah panas lagi for another week.
Lepas tu baru decide..mintak2 selamat la pokok tu..sudahla Romzi yang punye (pagi petang dok belek pokok tu)

Takde Dalam Plan

Lepas lunch tak ke mana2..keluar rumah tujuan nak beli kasut sukan boss. Alih2 dah sampai sini..tengok jela ye...




D King of King

Dendro (kang update)

Sejenis spesis (bunga lagi kecik dari lighter)

Mokara Prapin Beauty


epidendrum



Weekend lagi (kali ni bersama Papilionanthe)

Pokok2 yang kawan bagi, dah dipasukan dah dibuat ape yang patut..seperti kat bawah ni lah..











From HG cari.com.my, Saudara Anuar said
"Terdapat lebih kurang 8 jenis Papilionanthe spesis yang berdaftar seperti,

1. Papilionanthe biswasiana - Burma, Thailand, Yunnan China and Borneo
2. Papilionanthe hookeriana - Vietnam, Thailand, penninsular Malaya, Sumatra, and Borneo
3. Papilionanthe pedunculata - Cambodia and Vietnam
4. Papilionanthe subulata - India and Sri Lanka and Thailand
5. Papilionanthe teres - Himalayas, Assam, Bangladesh, eastern Himalayas, India, Nepal, Andaman Islands,
Myanamar, Thailand, Laos and Vietnam
6. Papilionanthe tricuspidata - Kepulauan Sunda
7. Papilionanthe uniflora - Assam, eastern Himalayas, Nepl, Bhutan and Sikkim
8. Papilionanthe vandarum - Assam, eastern Himalayas, India, Nepal, Bhutan, Sikkim, Myanamar and S China"